KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DIKEDAH…SATU PANDANGAN

Posted on Jun 13, 2008

0


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI KEDAH ..SATU PANDANGAN

 

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera

 

Apa khabar semua? Apakah saudara2 masih dok membaca celoteh aku ni…Aku tak kiralah baca ka tak baca ka aku tetap nak godam laptop ni… aku tengah dok fikir ni apa sahaja yang terlintas difikiran aku  ini aku akan menggodamnya turun ke punat-punat laptop ni. Apa sahaja yang jadi aku kira oklah … ini hanya sembang-sembang biasa sahaja.

 

Sebagai rakyat negeri Kedah ni teringin juga aku memberi pandangan aku tentang pentadbiran baru kerajaan negeri Kedah ni…Yaalah kalau peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri Kedah ni dibawah kerajaan pembangkang tetapi kalau peringkat negeri, BN pula jadi parti pembangkang manakala Pakatan Rakyat jadi pemerintah. Begitulah keadaannya… Kadang-kadang tu naik keliru juga keadaan yang berlaku ni.

 

Sebagai pegawai kerajaan aku rasa semua kakitangan kerajaan adalah sama sahaja dibawah satu perkhidmatan sahaja…Kita melaksanakan dasar dan polisi yang ditentukan oleh kerajaan yang memerintah asalkan tidak terkeluar dari asas-asas Perlembagaan Negara.. Asalkan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara kira oklah….Pemerintah mai pilah sapa pun.. kita ikut sahajalah dasar-dasar yang ditetapkan… Dulu taklah susah sangat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Barisan Nasiona nak laksanakan dasar dan polisinya memandangkan hanya Negeri Kelantan sahaja yang dibawah pemerintahan Kelantan.  Tetapi dalam keadaan sekarang ni yang mana banyak sangat negeri-negeri dibawah kerajaan pembangkang maka cara dan pendekatan kerajaan persekutuan tak boleh lagi buat macam dulu.  Takkanlah nak anaktirikan semua negeri-negeri pembangkang seperti Kedah, Kelantan, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ….Maksudnya kalau nak buat apa-apa projek sosial dan pembangunan hanya ditumpukan pada negeri-negeri yang dimenangi oleh BN sahaja. Kalau macam tu memang tidak adillah kepada rakyat , kerana semua rakyat berhak mendapat kehidupan yang sempurna dan adil. Cukai dikutip disemua negeri di Malaysia tidak ada yang terkecuali. Kalau macam tu seronoklah negeri-negeri tersebut kerana banyak peruntukan diberikan kenegeri-negeri tersebut…. Ini yang kerajaan BN la nak kena kaji balik dan tengok pendekatan yang sewajarnya….

 

Sebagai pegawai kerajaan dibawah kerajaan pembangkang diperingkat persekutuan, aku memang terasa akan kesan peralihan kuasa ini terutama dari segi perancangan dan pelaksanaan projek-projek persekutuan.  Memang lepas ni tak akan dating lagi peruntukan dari kerajaan persekutuan untuk dilaksanakan terutama di pejabat daerah. Diperingkat negeri dan kerajaan tempatan mungkin akan dapat lagi peruntukan dari kerajaan persekutuan  berasaskan perlembagaan Negara tapi agak terhadlah sedikit tidaklah sebanyak yang biasa diperolehi sebelum ini. Jadi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan kenalah mengubahsuai perancangan kewangan masing-masing agar aktiviti utama setiap organisasi tidak terjejas kerana untuk mendapat bantuan kerajaan persekutuan adalah agak sukar apatah lagi jika pemerentah negeri terlalu berkonfrantasi dengan kerajaan persekutuan.

 

Dalam konteks kerajaan negeri Kedah, sepanjang beberapa bulan mentadbir negeri Kedah ini aku dapati pendekatan yang diambil oleh kerajaan PKR yang diketuai YAB Ustaz Azizan agak terbuka dan tidak berkonfrantasi  dengan kerajaan persekutuan. Taklah macam kerajaan PAS yang dapat memerentah negeri Terengganu satu ketika dulu dimana dengan pendekatan yang terlalu agresif dan kasar telah menyebabkan rakyat tidak dapat menerima cara tersebut dan akhirnya menolak pemerentahan PAS di Terenggganu..

BN perlu mempelajari sejarah-sejarah yang berlaku sebelum ini jika berhasrat untuk menawan semula negeri-negeri yang terlepas kepada pembangkang.

 

Rakyat suka kepada kerajaan yang tidak membazir, rakyat tidak suka tengok kerap sangat pemimpin-pemimpin pi melancong luar negara, rakyat  tidak suka tengok wakil rakyat atau orang-orang keliling pembesar-pembesar negara/negeri berlagak, sombong, dan sebagainya, rakyat tidak suka wakil rakyat sekali-sekala lawat kawasan dan tinggal diluar kawasan pilihanrayanya, rakyat tidak suka kerajaan berjanji kosong yang tidak dapat ditunaikan, rakyat tidak suka tengok kontraktor dapat projek hasil hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi kerajaan/orang politik. Rakyat terbanyak tidak suka orang politik dok kacau pegawai kerajaan buat kerja walaupun rakyat berkepentingan suka sebab ada kepentingan.  Rakyat tidak suka kerajaan boros berbelanja, rakyat tidak suka buat projek semata-mata nak bagi projek kat kawan-kawan dan keluarga.,  dan macam-macam lagi yang rakyat tidak suka yang kena difikirkan selalu oleh yang terlibat. Jadi apa-apa yang rakyat tidak suka jangan dok ‘tebiang’ nak buat juga kononnya nak tunjuk kuasa…

 

Pendekatan yang dibuat oleh Ustaz Azizan ini aku rasa dah mula orang suka.. Dia tak kacau sapa-sapa setakat ni…Diapun tak buka pekong orang dulu dan kerajaan dulu.. Yang lepas, lepaslah kita buka buku baru.. Pendekatan ni aku rasa kalau BN tak pulun betul-betul sukar nak ambil balik kerajaan negeri Kedah….’Slow And Steady’ sahaja aku nampak. Pegawai kerajaan pun aku rasa tak ada apa-apa masalah dengan kerajaan baru ni. Asalkan jangan dok kacau  apa-apa kebajikan yang dok dapat la ni., asalkan gaji dan segala kemudahan yang sedia ada dapat diteruskan seperti biasa…maka akan lebih bersemangat pegawai kerajaan nak buat kerja apatah lagi kalau kerajaan baru ni lebih kepada perkara-perkara asas dalam pentadbiran yang tidak membazir, tidak sombong, tidak terlalu protocol, tidak terlalu sibuk nak cari projek, tidak terlalu sibuk nak tukar kereta dan pejabat baru dan sebagainya..

 

Oklah…banyak lagi yang aku nak godam di laptop ni, tapi malam dah telalu amat larut.

Sebenarnya aku ni tak anti sesiapa dan tak sokong sesiapa secara membuta tuli. Aku mencari jalan penyelesaian  aku sendiri. Mana yang betul aku sokong, mana yang tidak betul aku komenlah…Mungkin pada orang lain aku tak betul tapi sebagai manusia kita terimalah hakikat itu…….kita ada otak pakat-pakat pakailah otak yang kita ada … Oklah nanti aku sambung bila mai idea baru nak diulas…

 

Tagged:
Posted in: Politik