Naik sahaja turun tak ada……

Posted on Jun 14, 2008

0


Wednesday, 11 Jun 2008

Dalam tempoh sebulan dua ini, seluruh dunia bercerita tentang kekurangan barang makanan. Barang untuk makan. Berat cerita ni kalau tak ada makanan, nak makan apa. Aku dan sebahagian besar manusia didunia bukan boleh makan sebarangan. Kalau orang Islam tu kena makan makanan yang halal, ada larangan pula makan benda-benda yang dianggap najis, dua alam dan sebagainya. lainlah kalau jenis yang makan serba manikam tak kira apa. Boleh makan katak, ular, kera, ulat, cacing, tikus dan sebagainya tak apalah juga.

Tapi bila aku tengok dalam TV cerita-cerita orang susah ini, depa sanggup makan apa saja. Itu terpaksalah sebab depa tak ada apa nak makan. Contohnya seperti di negara Laos, Vietnam, Kemboja dan negara-negara di Afrika mereka dah jadi biasa dengan makanan-makanan yang tak sepatutnya dimakan. Tapi terpaksa, kalau tidak kebuluranlah mereka. Namun trend sekarang ni, orang negara-negara mewah pun dah mula makan makanan seperti, jadi satu kegilaan pula sekarang dan jadi makanan eksotik yang mahal pula tu. Itu sebab banyak berlaku penyeludupan hidupan-hidupan yang sebahagian besarnya makin berkurangan dari muka bumi ini disebabkan sikap pelahap manusia-manusia rakus yang tak kira apa sahaja , kira nak telan saja.

Berbalik kepada cerita barang naik harga ni, memanglah betullah teori ekonomi kata harga barang naik kerana permintaan melebihi penawaran. Dulu orang tidak berapa nak kisah sangat fasal sektor pertanian ni kerana ianya tidak begitu menguntungkan dari segi keuntungan ekonomi sesebuah negera. Maka berduyun-duyunlah negara-negara yang baru nak membangun beralih kepada sektor perindustrian ……..stop dulu nanti sambung balik.

Sabtu: 14 Jun 2008
Petang ni lepas pekena cucur udang yang dibuat sendiri oleh isteriku, aku relax2 saja tengok TV…Bila tengok TV petang ni, baru teringat hari ini rupanya kerajaan mula bayar duit bantuan minyak kenderaan persendirian bagi menampong kenaikan harga minyak baru-baru ni. Tak pernah dalam sejarah kerajaan bagi duit tunai pada rakyat untuk tampong kenaikan harga minyak. Negara  Thailand pun walaupun harga minyaknya mencecah RM3.00 seliter tetapi tak ada pula bagi duit tunai pada rakyatnya. Bertuah sungguh rakyat Malaysia. Terima kasih Kerajaan yang bagi kemudahan ini. Harap-harap duit yang rakyat dapat ni digunakan pada yang sebenarnya bukan pula dok enjoy dan membazir tak tentu hala…Nanti bila dah habis duit tu dok marah kerajaan lagi sebab harga minyak tinggi. Depa lupa yang kerajaan bagi duit tunai tu adalah untuk tampong kenaikan harga minyak. lagipun bila buat cara ni, kerajaan dapat jimat banyak duit yang sebelum ini bukan warga Malaysia banyak dapat manafaatnya dari harga minyak yang murah terutama dikawasan sempadan Malaysia-Thailand dan Malaysia-Singapura.
Bila tengok dalam TV sampai beribu-ribu orang terpa kat tiap pejabat pos yang ada diseluruh Malaysia, terasa teringin pula nak bersembang fasal ni..nampak sungguh rakyat amat mengharapkan duit ini tak kira bangsa dan tak kira pangkat dan tak kira kaya atau miskin. Asalkan layak saja awal-awal lagi dah dok melangut kat depan Pejabat Pos untuk ambil duit seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan.
Yalah bila dah baru hari pertama tu memanglah banyak masalah timbul….tak boleh nak salah sesiapa dalam hal ini kalau terpaksa berjam-jam dok berdiri sabar beratur tunggu giliran nak ambil duit.  Itulah pengorbanan yang nak kena buat kalau nak mai ambil awal-awal, sebab kerajaan bagi jaminan akan laksanakan pembayaran ini sepanjang masa, sepanjang tahun.. Kalau selama ni boleh sabar tunggu takkanlah nak pi cari fasal awal-awal lagi.
Tengok komen orang ramai dalam TV ada yang tak puas hati fasal cara pembayaran, tak sedia kemudahan untuk orang-orang tua-tua lah , orang sakitlah, kemudahan untuk wanita bersalin, pegawai yang urus bayar tu tak cukuplah, panaslah diluar , dalam bangunan yang sempitlah, lambatlah, talian terputuslah dan sebagainya. Pendekkata macam-macam komen yang kita dengar…
Yang pi awal-awal hari pertama tu buat apa kalau kita tidak boleh menerima kenyataan. kalau dah terlalu ramai, memang macam-macam masalah akan berbangkit. Takkanlah pula Pejabat Pos nak tambah kakitangan untuk keadaan yang hanya sementara itu… lepas ni stabil baliklah. Takka nlah kerana beribu-ribu orang mai Pejabat Pos pada waktu ni, maka nak kena buat bangunan baru untuk tampong ribuan pelanggan yang datang, sedangkan dalam keadaan biasa hanya puluhan atau ratusan orang sahaja yang datang , itupun bukan masa yang sama…Itulah perangai orang Malaysia yang tak boleh nak ubah-ubah.. Asyik nak senang sahaja…..Tengok sajalah waktu hari terakhir tutup penghantaran borang cukai pendapatan…beribu-ribu datang ke LHDN untuk selesaikan urusan cukai pendapatan mereka waktu…tentunya seribu satu macam masalah akan berbangkit sebab dah terlalu ramai orang yang datang. Sedangkan pada hari-hari biasa tak ada berapa orang pun yang datang ke LHDN. Ni samalah dengan Pejabat Pos…Tunggulah dalam 2 atau 3 bulan lagi.  Keadaan jadi biasalah lepas itu..Kembali normal…
Aku faham, yang orang pi awal-awal lagi pada hari pertama tu orang yang benar-benar sesak ekonominya…Tapi kalau dok tengok yang pi tu pun bukannya nampak sengkek sangat. Pi dengan kereta yang mewah-mewah juga..pendekkata mereka dalam kalangan orang yang mampu juga… bagilah peluang kepada orang ramai yang benar-benar memerlukan. Yang lain tu sabar sat…Duit tu bukan nak ke mana. Kerajaan tak akan tarik balik kalau dah buat dasar macam tu. Tu pun ada komen seorang yang aku tengok dalam TV, dia mai awal fasal takut nanti kerajaan berubah fikiran , tak jadi pula nak bagi duit ihsan tu…sampai macam tu sekali sikap orang-orang kita…Hai tak taulah apa nak jadi kita ni..penuh dengan curiga dan prasangka yang bukan-bukan…..
Oklah nampaknya sudah meleret pula celoteh aku ni…petang pun sudah semakin malap, menandakan maghrib pun dah nak masuk….Mataharipun dah malu dok lama-lama tengok sebelah kita, dia pun dah minta diri nak hilangkan diri, maka akupun rasanya nak berhentilah dulu  kat sini…nak kena pi mengadap Tuhan yang Satu. Sebelum aku nak berundur ni aku nakucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan yang bagi duit ihsan bantuan beli minyak.. moga kerajaan bertambah makmur agar semua rakyat dapat mengecapi kenikmatannya.
Posted in: Ekonomi