PENGHARGAAN DAN KUTUKAN

Posted on Jun 15, 2008

0


Sedar tak sedar dah dekat 24 tahun aku kerja dengan kerajaan…begitu cepat masa berlalu…sedar-sedar tengah kepala dah licin tak ada rambut, rambut yang hitam dah jadi putih, termasuk dengan bulu hidung sekali dia putih…tetapi oleh kerana naik uban ni tak sakit maka banyak orang  tak kisah sangat nak buat treatment untuk ubatkan kepala yang semakin memutih dan  botak.. Sebenarnya memang ada rawatan diluar sana untuk membaiki apa-apa yang rosak tapi itulah manusia ni….kalau dia tak sakit bukan dia nak sedar. Lagipun orang macam aku ni tak berapa kisah sangat dengan penampilan diri dari aspek seperti ini…Lainlah setengah kawan-kawan tu sanggup pi buat celup inai hitam kat rambut yang tinggal sejemput tu pun, nak bagi nampak mudalah katakan…Aku pun tak sedar sejak bila orang dah mula panggil aku pakcik…dari orang panggil abang la ni kalau pi kat kedai atau pasaraya atau kat mana-mana anak-anak dara jurujual dah panggil aku pak cik….hai rasa-rasanya muda lagi

Apa yang aku nak sembang ni ialah tentang rempah rencah kehidupan sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan. Pada analisa aku ni sebahagian besar kerja aku ni hanya guna otak sahaja taklah guna segala kudrat urat saraf dengan segala titik peloh yang menghasilkan bahan penting untuk kehidupan manusia sepertimana yang mak bapa aku keluarkan hasil padinya.  Orang desa baru nampak depa buat kerja kerja kita nampak hasil yang dikeluarkan oleh mereka. Berapa tan padi yang dikeluarkan, berapa pikul sayor yang dihasilkan, berapa ekor lembu yang dijual dan sebagainya. Jadi Sapa yang sebenarnya bekerja…Aku dan sebahagian besar masyarakat kota hanya bermain dengan idea sahaja peloh setitik pun tidak, tetapi selalunya orang guna idea-idea otak nilah yang selalu dapat banyak faedah dan manafaat dalam mengejar kemewahan dunia..biarlah aku tinggalkan persoalan ini  untuk renungan kita bersama.

Apa yang aku nak bualkan ialah pengalaman aku sendiri. Aku ni tegas juga dalam menjalankan tugas. Ketegasan ini selalunya memberi implikasi kepada orang suka dan orang tidak suka… Kalau orang suka maka akan ada penghormatan kepada kita tetapi kalau orang tidak suka akan ada orang yang suka kutuk aku buat kerja. Maka dengan itulah muncul macam-macam surat layang yang ditujukan kepada aku. Aku akan cuba lampirkan contoh surat-surat layang yang ditujukan kepada aku…dan aku harap saudara-saudara baca dan buatlah kesimpulan sendiri…tetapi semua yang dibangkitkan itu sebenarnya dah ‘settle’ tidak ada satupun yang betul… Kalau betul dah lama aku kena ambil tindakan…Aku cuma ambil sebahagian kecil sahaja surat-surat layang tersebut…Aku memang suka simpan macam-macam surat layang yang ditujukan kepada jabatan ditempat aku bertugas.. ada yang ditujukan kepada kakitangan jabatan dan ada ditujukan terus kepada aku.

Dalam pada itu aku juga terima surat penghargaan, surat dari kakitangan yang suka cara aku buat kerja dan surat dan kad yang memberikan kata-kata perangsang… Sekurang-kurangnya ianya memberi semangat dan perangsang kepada aku untuk membuat kerja dengan lebih baik lagi…..tanpa terlalu mengharapkan ganjaran …

Pada masa sama juga aku tidak ketinggalan juga untuk memberikan surat-surat ucapan penghargaan dan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi pengiktirafan kepada usaha aku. Aku akan cuba selitkan surat-surat tersebut untuk tatapan saudara-saudara semua…baca pilah no….

So aku berhenti kat sini dulu…nak kena pi selongkar fail-fail yang tersusun kat rak ofis dalam rumah aku ni…takut salah letak pulak , maklumlah dah banyak kali pindah rumah…….sabar nanti aku cuba tunjukkan…

 SURAT 1

Tarikh:  Oktober  1998

      YAB TAN SRI SANUSI JUNID Menteri Besar Kedah Darulaman Wisma Darulaman

Alor Setar

Kedah Darulaman.

SALAHLAKU – MOHD.ASRI REDHA ABD:RAHMAN SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PET ANI.

Merujuk perkara diatas kesempatan ini saya ingin meminta sedikit perhatian Y AB Tan Sri terhadap beberapa perkara

yang telah dilakukan oleh MOHD.ASRI REDHA ABD.RAHMAN selaku SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN SG.PETANI.

   

       1.            PONTENG W AKTU TUGAS

Seringkali dilihat bermain golf pada waktu pagi di- Sungai Petani

                       Kelab . contoh kes :                                                   .

                                          Tarikh Masa [dilihat  sendiri]

 

                                                        2 NOV 1998

                                                        antara 9. 15 pagi – 945 pagi 

                                                        tempat:           Kelab Golf Sungai Petani.

Sebagai pegawai atasan yang sering mengambil tindakan terhadap kakitangan bawahan kerana lewat datang dan lain adakah ini adil. Ini dilihat sebagai double standard.

       2.             SALAHGUNA KUASA [ SALAH TINDAKAN ]

Beliau menyokong salah seorang pegawai [wanita] kontrak yang lalai dan tidak cekap sebagai pegawai tetap.

Untuk makluman pegawai terse but telah menyebabkan Mahkamah telah menjatohkan hukuman yang menyebabkan MPSPK kerugian  ratusan ribu ringgit. S’ehingga kini Pegawai tersebut tidak pemah diambil tindakan, tetapi kalau kakitangan bawahan salah sikit  dipotong gaji atau diambil tindakan displin. Dimanakah keadilan. Pohon tolong

ambit perhatian.

 

 

             KEPENTINGAN LAIN.

Sebagai Setiausaha MPSPK beliau juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tender/Sebutharga. Apa yang diragukan ialah mengikut peraturan

orang yang sama  tidak boleh menjadi Jawatankuasa Buka Tender dan Jawatankuasa Setuju Terima Tender.

Apa yang rnenjadi tanda tanya ialah :

                               1.                    Orang yang sama menjadi kedua-dua jawatankuasa.

                               ii.            Orang sarna juga dilantik setiap kali tender dibuka

atau setuju terima tender ,yang sepatutnya digilirkan dikalangan Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Jabatan.

Individu yang selalu dilantik ialah:  SAPAK ISMAIL HJ.HASSAN AYOB Kedua-duanya ialah AHLI MAJLIS.

Difahamkan beberapa kontrak yang beliau ada kepentingan di uruskan Oleh SAPAK ISMAIL. Contoh:

                               1.                       Binaan tambahan Gerai Taman Jublee Perak.

                               ii.               Setesyen bas sementara di S.P.PLAZA.

                              iii.              Beberapa pondok bas disekitaran  bandar Sg. Petani.

Persoalan mengapa hanya SAPAK ISMAIL dan HJ.HASSAN A YOB sahaja menjadi jawatanku2~a tersebut.

Hj.Hassan juga disyaki pemah bersetuju memberi satu kontrak kepada satu syarikat dirnana beliau rnenjadi pengerusi.

Untuk makluman Y AB TAN SRI banyak lagi perkara yang telah dilakukan oleh beliau .kami amat berharap agar Y AB TAN SRI dapat memberi sedikit perhatian.

Terirna kasih.

MANGSA TERTINDAS OLEH BANGSA SENDIRI.

s.k.           DATO ISMAIL TAN SRI SHAFIE SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

                                                DATO SYED RAZAK SYED ZAIN BARAKABAH EXCO KERAJAAN TEMPATAN                                                  DAN PERUMAHAN.

 SURAT 2.

 

 

 

Date: 00.00.00.

Tuan,

Assalamualaikum.You will be leaving us soon BUT believe me you are going with a lot of praise and high regard for all the good and positive changes you have done for MPSPK. No other SU can quite match you in terms of dedication,responsibility and working spirit.And for that Tuan you will always have my respect and admiration.

You sometimes wonder why after all the good you try to do for the Majlis, still there are staff or public who dislike you. As your friend, I have to tell you the reason behind that.Sometimes you tend to forget that we are obligated to talk and treat every cus·tomer nice whether they are right or wrong .You need to smile more and listen patiently to their problems, then explain why we had to take action against them. Not all that you hear from you staff are the absolute truth. So if we hurt the public’s feelings first, then after investigating we find out our staff are at fault; by right we have to say sorry to the public but how often do we do that?So it is always safe to give the public the ‘benefit of the doubt’.

From my experience Tuan, if we really talk sweetly to our customers, in the end they leave us happy even if they have to pay fines!

Our staff always say you take action on our labourers (staff bawahan) but you are quite lenient to the officers, especially who are ,always not in the office. You seldom go to their tables to check if they are in. If they say they went out on official matters, you can ask for the files.Most of our staff are quite sad that you only see their mistakes because they are near you but you seldom check on the Units which are far from you. The staff there are so free to do what they want.

I have not met one person who says your work is not good. Everyone admits you cannot be challenged when it comes to doing quality work. That is why I love working with you.Someone once told me that you are a really good SIU in terms of work but there are three things you have to change and you will be the best KCS officer in Kedah. One, you have to smile more and show respect to the public(they sometimes think you look down upon them(hina mereka). I am sure you never meant to do that.Two,you have to look at people when talking to them to show that you care to listen to what they say. They sometimes think you are not interested to listen to their problems. Three, you should not tell people about what other people has said(bad things) about you.

I only want to tell you that all the while you were here I have not once even doubted your sincerety in your work and have always defended you when there are negative rumours about you. The reason I sometimes ask you about those things is just so I have the proof to say what the staff hear about you (negative things) are not true. Itu saja, kadang-kadang saya khuatir Tuan fikir saya ni siapa nak soal Tuan ten tang apa-apa perkara saya dengar. Percayalah Tuan saya tidak memihak pad a staff. Saya sentiasa memihak kepada tuan dan  beritahu mereka saya akan tanya Tuan perkara yang sebenar. Sehingga ada staff kita yang kata susah nak komen fasal Tuan pada saya sebab saya selalu menyebelahi tuan! 

 

Tetapi tidaklah selalu. Ada juga ketika dimana saya ‘terguris’ dengan tuan.Contohnya,Tuan ‘takut’ silap faham dengan staff kalau baik dengan staff yang baik kerjanya. Apalah salahnya seseorang itu close dengan bossnya dalam hal kerja? Jadi, Tuan boleh jawap kepada mereka yang’ cemburu’, “SU akan baik dengan semua staff tetapi akan lebih baik pada mereka yang boleh buat kerja dengan baik”. Pendapat saya tuan, sebagai pemimpin Islam yang adil, jika seseorang staff itu baik dalam kerjanya dan layak diberi ganjaran yang wajar biar pun setiap tahun sekiranya prestasinya sentiasa baik, kenapa pula perlu endahkan mereka yang akan kata belakang, terutamanya mereka yang tidak layak.Ada ramai juga staff kita yang memang kerja bagus dan patut diberi ganjaran setiap tahun tetapi tidak diberi sebab tak mahu yang lain berkata. Anugerah diberi ikut turn’ walau pun prestasi tidak sebaik mana. This is not fair.Sebab itulah ramai pegawai malas nak isi borang prestasi sebab isi macam mana pun kena ikut ‘turn’! Sometimes frust lihat ‘the bad always win’ ..

 

Sehubungan itu saya rasa juga tidak adil pemberian ganjaran dihentikan bagi staff kontrak yang bekerja bertungkus lumus, seolah-olah mereka tidak dihargai dan setaraf dengan mereka yang malas bekerja. Sekurang-kurangnya ganjaran diberi kepada kakitangan kontrak yang baik prestasi kerjanya.Kebanyakan kakitangan kontrak menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh dua tiga orang tetapi dibuat juga menepati masa.

 

Seperkara lagi, saya ingin sangat tuan membincangkan dengan saya lapuran prestasi saya, dimana ruang yang perlu diubah dan sebagainya.Saya sedar saya manusia biasa tetapi saya ingin Tuan tahu saya ikhlas berkerja untuk MPSPK.Biar gaji dan elaun tidak setimpal dengan pengalaman dan kerja yang dicurah tetapi hati ini iklhas lOO%.Sebab itu kadangkala saya tidak boleh terima staff MPSPK yang tidak bersemangat sedemikian di ‘biar’ begitu sahaja.Mereka patut disedarkan tentang tanggungjawab dan peranan me’reka.

 

Dalam mesyuarat, umpamanya saya sangat harap tuan akan menegur mereka yang memberi komen yang tidak membina dan menjatuhkan maruah orang lain. Tuan ada hak untuk kata, “kita nak tegur orang lain biar bertempat jangan sampai tersentuh perasaan orang lain.Yang lebih penting, pastikan kita sentiasa ‘tip-top’ dalam kerja kita dahulu baru komen kerja orang”.

 

Atau pun dengan nada perlahan tuan boleh kata “Kalau nak cakap, cakap yang berkaitan, kalau bukan kena mengena, lebih baik diam. Ini bilik mesyaurat, bukan pasar borong’. Biar slow tetapi menghiris sampai ke tulang kering!

 

So Tuan in your new office my hope is that you will smile more and look at your customers right in the eye when talking to them to show that you respect them and you are listening to what they have to say. But do not give face because there will be those who will take         advantage of you.Talk intelligently, Tuan, because many might not want to hear you talk about your experiences and want you to go straight to the point.

 

Lastly, but not least, I want to share a copy of this beautiful letter( enclosed) from Abraham Lincoln to the Head of his son’s school. It has a lot of good advice and can help us to become a good person in everything we do.

 

I will not say goodbye, Tuan, because I know we will often meet. So till then, I pray for all the best and nothing but the best to you …. AMIN.

 

WAS SALAM.

 

Your faithful staff,

 

 

 

            xxxxxxxxx

LAMPIRAN SAMPINGAN

Here is Abraham Lincoln’s (16th President of USA) letter to the Head of the School in which his son was studying.

II He will have to learn,that all men are not just,all men are not true. But teach him also that for every scoundrel there is a hero; that for every selfish politician, there is a dedicated leader. Teach him that for every enemy there is a friend. Teach him, if you can,that a dollar earned is far more value than five found ..

II Teach him to learn to lose … and also to enjoy winning. Steer him

away from envy. If you can, teach him the secret of quiet

                                                                                                                          laughter.Teach him ,if you can,the wonder of books …………………………………………………………….. but also

give him quiet time to ponder over the eternal mystery of birds in the sky, bees in the sun, and flowers on a green hillside.

II In school, teach him it is far more honourable to fail than to

                           cheat          Teach him to have faith in his own ideas, even if

everyone tells him he is wrong …. Teach him to be gentle with people. Try to give my son the strength not to follow the crowd when everyone is getting on the bandwagon.Teach him to listen to all men BUT teach him also to filter all he hears on a screen of truth and take only the good that comes through.

II Teach him, if you can, how to laugh when he is sad … Teach him there is no shame in tears. Teach him to scoff at cynics and to beware of too much sweetness … Teach him to sell his brawn and brain to the highest bidders, but never to put a price tag on his heart and soul. Teach him to close his ears to the howling mob … and to stand up and fight if he thinks he is right.

II Treat him gently, but do not hug him, because only the test of fire makes fine steel. Let him have the courage to be impatient … and let him have the patience to be brave. Teach him always to have sublime faith in himself because then he will always have sublime faith in ,mankind.

– ABRAHAM LINCOLN-

SURAT 3

Yang Berbahagia Tuan.

Assalamualaikum.

Dengan ucapan salam saya memulakan surat yang tidak pernah tuan fikirkan ini. Jangan tuan tersalah tafsir atas apa yang akan saya perkatakan ini.dan ia tidak mempunyai sebarang tujuan lain yang tersembunyi hanyalah sekadar menyampaikan apa yang tersirat dan bukan dari ayat-ayat yang tersurat.

Tuan.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan’ ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan at as segala apa yang berlaku selama tuan menerajui pentadbiran disini.baik secara sedar mahu pun tidak disedari kerana mana mungkinkita sebagai HambaNya lari dari membuat kesilapan.Itulah hakikat hambaNyayang bergelar manusia.

Saya juga turut mendoakan agar tuan sekeluarga dalam pemeliharaanNya.Semoga apa yang terjadi turut mendewasakan kita semua.SaYa akui bahawa masa yang ada terlalu singkat an tara kita untuk mengenaii an tara pekerja dengan majikannya.Walau bagaimana pun masa yang singkat itu telah pun dapat membuktikan kepada saya bahawa tuan sebenarnya memiliki sifat kepimpinan sejati dan tuan berjaya membuktikan diri sebagai seorang pemimpin.Walau pun ianya terlalu singkaUetapi ia tetap menjadi peristiwa penting dalam sejarah sebuah kehidupan.

Terus terang say a katakan dengan kehadiran tuan ke jabatan ini. telah berjaya memulihkan semangat bekerja saya.Saya hilang arah. saya hilang peduman.saya hilang keyakinan untuk terus menabur bakti.bukan kerana apa. kerana say a begitu dipinggirkan dalam sebuah institusi kerjaya bermula 01 September 2002. Walau pun pada dasarnya saya akui bahawa saya sudah cukup dewasa (atau pun tua) untuk menempuh segal a ujian ini. tetapi bila say a tidak mendapat sebarang sokongan.saya tewas juga.

Pada mulanyua saya tidak bercadang untuk bercerita atau mengungkit kisah luka.tetapi jika tuan masih ingat pada 18 Februari yang lalu. tuan telah memulakan tingkah dengan bertanya tentang apa masalah yang saya hadapi.disitulah saya mula memberanikan diri mencerita sedikit sebanyak dari apa yang telah biasa saya lalui.Itu pun bukan semua. kerana ia hanya akan terus melukakan hati ini dan ada ketikanya saya merasakan ia tidak membawa apa apa makna.

Tuan yang saya kenali selama beberapa waktu tidak bertindak membuta tuli. tuan mempunyai pertimbangan yang tersendiri.Itulah sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin.Sogokan cerita dan berita perlu diperhati dan diperhalusi.gunakan kayu ukur sendiri dalam menilai betul salahnya.Bukannya mempercayai tanpa usul periksa atau memberi peluang kepada yang terbabit membela diri. Insan terbabit sudah semestinya mempunyai jawapan dan alasan atas apa yang terjadi. Berikan sedikit ruang dan penghayatan diri.Bukan kami minta dipuji atau disanjungi.tetapi berilah sedikit perhatian dan simpati.

Dalam usia sebenar mungkin saya sudah tua. tetapi dalam alam kerjaya.saya masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. jangan dibiar kakitangan bagai “wau putus tali”. bimbinglah kami. tunjuk sebagaimana yang tuan mahu kerana secara hakikatnya pemikiran pegawai dan kakitangan bawahan adalah tidak sama dan serupa.

Banyak lagi yang perlu saya pelajari dari pengalaman tuan ada selama ini. tetapi apakan daya kita semua sebagai HambaNya.Kita akur atas kehendak dan penentuanNya. Siapalah kita untuk membantah … tetapi kenapa ia hanya berlaku pada insan yang tertentu sahaja.kenapa tidak pada mereka?.Kenapa tiada pertimbangan diberi? Walau bagaimana pun kita perlu redha atas segalanya dan berdoa agar apa yang terjadi ini mempunyai hikmah yang tersendiri.

Kemungkinan dengan penghijrahan ke kampung sendiri ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan. Semoga jalan yang dituju dalam kerjaya khususnya akan terbuka dengan lebih luas dan kejayaan akan dicapai dengan serba mudah. Itulah doa saya sekeluarga.

Tuan.

Diakhir ini. biar saya perkatakan sesuatu. sifat dan sikap yang tuan miliki membuatkan saya teringatkan salah seorang dari pegawai yang biasa bekerja disini. Ia begitu prihatin akan nasib dan keluh kesah kakitangannya.Ia bersimpati dengan setiap musibah yang dialami dan ia akan ketawa ria atas apa kebahagian atau kejayaan yang dicapai.Itulah “DIA” Dan sifat itu ada pada tuan. Saya merasa sungguh senang dan bahagia bekerja dengan tuan.Saya berasa saya kembali dihargai.

Tuan.

Sebagai pekerja bawahan, pada pandangan saya secara individu. saya merasakan bahawa kami perlu diberi perhatian dan simpati.Kami masih memerlukan bimbingan dan tunjuk

..

ajar yang sewaJarnya.

Itulah kami sebenarnya.

Akhirnya untuk tidak terus menganggu tuan yang perlu menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang sedang menanti.saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan tutur kata mahupun keterlanjuran tingkah laku.

Saya terus berdoa agar tuan sekeluarga sentiasa didalam pemeliharaanNya.

 

 

Yang Benar

 

 

xxxxxxxxx

Stop di sini…

Amacam …apa saudara fikir tentang surat-surat seperti ini. lebih-lebih lagi surat layang yang hamba terima ini terima ini…. Sebagai seorang ketua atau pegawai kanan dalam sesuatu organisasi, inilah risiko yang akan kita hadapi… Kalau kita terlalu tegas dalam pekerjaan kita maka bersiap sedialah dengan tohmahan dan tuduhan serta perkara-perkara negatif yang langsung tidak membina itu. Maka hamba yang hina dina inipun terpaksalaha kawal setiap pergerakan harian, kerana setiap pergerakan harian akan ada orang dok tengok apa aku buat dan kemana aku pergi, siapa kawan aku dan sebagainya.. Tersilap langkah maka siaplah aku…

Sepanjang aku kerja sehingga kini kalau tidak silap aku dah banyak aku dipanggil ke pejabat BPR disebabkan surat-surat layang seperti yang tadilah…Yang tadi tu kira simple sahajalah , ada lagi yang lebih terok..tak sanggup  aku nak masuk untuk tatapan umum….Tapi Alhamdulillah kerana niat kita betul dan kita sentiasa bekerja kerana Allah maka Allah akan melindungi kita jua…

Disebalik tohmahan dan tuduhan melalui surat layang seperti tadi.. ada juga surat-surat penghargaan dan komen-komen membina yang aku terima. Sekadar memetik 2 surat diatas adalah mencukupi untuk menunjukkan akan ada juga insan-insan yang sanggup menulis surat-surat seperti surat 2 dan surat 3 menceritakan apa yang baik dan apa yang tidak baik yang ada pada diri aku ini….Sengaja aku sembunyikan nama penulisnya takut nanti orang tau pula dan bagi yang berfikiran negatif maka paspasti depa kata pegawai ni nak bodek akulah ni….Bodek ka tak bodek ka apa yang boleh aku buat sebab waktu aku terima surat nipun aku dah ditukarkan ke jabatan lain. Lagipun memang kalau nak bagi penghargaan dan pangkatpun pada mereka ni memang layak pun dan segi kerja dan kesungguhan mereka tanpa berbelah bagi.   Ada lagi surat dan kad-kad yang aku terima yang memberi semangat pada aku untuk bekerja dengan lebih gigih walaupun surat-surat dan kad-kad itu bukan datang dari pegawai-pegawai yang lebih tinggi dari aku yang ada kuasa boleh memberi aku ganjaran dan pangkat tetapi itu bukanlah buruan aku..Sekadar ketua atasan tahu aku buat kerja sudah mencukupi. Kalau sampai nak tonjol-tonjol diri nak habaq yang tu aku yang buat, yang ni aku yang mula reka dan yang seumpamanya itu bukan aku…biarlah orang dengan cara itu tetapi aku bukan seperti itu. Aku buat kerja kerana seronok dan dapat beri perkhidmatan kepada rakyat dan bekerja kerana Allah SWT. 

Aku boleh terima setiap komen-komen tu dan dari situ aku cuba buat sebaik mungkin dan berubah dimana perlu sekiranya memang cara dan pendekatan aku tidak disenangi oleh orang…..Memang manusia itu amat banyak kelemahannya… termasuklah aku insan yang kerdil sahaja dimuka bumi ini….Sapalah aku untuk nak tunjuk bangga dan lagak sedangkan dihadapan Tuhan nanti kita amat kerdil sekali disisinya.

Oklah no….cukuplah luahan perasaan aku ni….seeronok juga bila dok menaip kat sini…lepas gian kata orang….ada lagi ni aku nak cerita.

Cerita berkenaan pengiktirafan yang aku  terima masa kerja dan surat-surat terima kasih yang aku buat kat Ketua-Ketua Jabatan aku yang aku dimaklumkan tak ada orang yang hantar pada mereka yang berkuasa mengucapkan terima kasih kepada ketua mereka bila dapat gaji menegak, melintang dan naik pangkat..La ni mungkin dah ada kot. Tapi aku sebagai orang bawahan tetap rasa bersyukur kerana kerja-kerja dibuat diberi pengiktirafan oleh Ketua kita walaupun kita bukan nak menunjuk-nunjuk bahawa kita ni pandai buat kerja…

Nanti kalau ada kelapangan akan aku paparkan surat-surat tersebut untuk tatapan saudara-saudari ku yang berminat…..Aku rasa elok juga adik-adik aku yang bawah-bawah ni guna pendekatan ini…Orang bagi kita ucaplah terima kasih… Aku rasa ketua tu pasti akan rasa syukur dan gembira juga…..tapi kalau tak dapat naik pangkat dan gaji melintang/menegak jangan pula naik angin dan maki hamun pula sehingga menjejaskan prestasi kerja…rezeki tu ditangan tuhan.. kita jangan dok kacau yang tu… buat kerja seperti biasa.

Bye..

Posted in: Pentadbiran