ISLAM AGAMA PILIHAN

Posted on Ogos 12, 2008

1


Tarikh: 12 Ogos 2008 bersamaan 10 Syaaban 1429

Hari ini aku pergi ke Sungai Petani untuk menghadiri Majlis Perasmian Pusat Bimbingan Islam (PUSBA) Sungai Petani oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah DA.  Pusat ini ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kedah sebagai Institusi pendidikan kepada saudara-saudara baru yang memelok Islam dan juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi saudari baru dari aspek  kebajikan, kaunseling dan sebagainya… Sebenarnya yang aku nak cerita ni bukan fasal perasmian PUSBA ini tetapi yang terasa sangat aku nak tulis ni adalah berkenaan pengalaman seorang wanita Cina yang baru 2 tahun memelok Islam..

Dalam program perasmian PUSBA ini ada satu aturcara yang disusun oleh penganjur iaitu Bicara Nur Hidayah  yang bertajuk Islam Agama Pilihan oleh seorang seorang wanita saudara baru berbangsa Cina yang baru 2 tahun memelok Agama Islam.

Apa yang menarik sangat aku tengok ialah  tentang pengorbanan wanita ini menghadapi pelbagai rintangan dan ranjau yang amat berat sebelum memeluk agama Islam.  Dalam tempoh 2 bulan sahaja beliau mendapat hidayat dari Allah SWT dan tanpa ragu-ragu dengan hidayah yang diterima dari Allah beliau telah memeluk agama Islam. Cara beliau terima hidayah itu ialah melalu mimpi yang berulang kali dan juga kata-kata perangsang dan rakan-rakan yang beragama Islam.

Beliau terpaksa meninggalkan anaknya yang tersayang dan suaminya pernah memukulnya atas tindakannya tersebut. Anaknya masih bersama bekas suaminya yang belum mendapat hidayah dari Allah dan katanya hingga kini bekas suaminya itu masih lagi tidak dapat menerima akan tindakannya memelok Islam , tetapi keluarganya perlahan-lahan  telah menerimanya sebagai anak  ataupun saudara walaupun berlainan agama. Beliau yang bekerja disebuah syarikat jualan langsung Zhulian ditinggalkan sehelai sepinggang walaupun sebelum ini beliau hidup mewah bersama bekas suaminya yang sama-sama menjalan perniagaan jualan langsung.. Segala harta sepencariannya dirampas dan di kembalikan dan bekas suaminya masih menguasai segala-galanya…

Namun ketabahan wanita ini amat mengagumkan aku.. beliau masih muda tetapi semangatnya amat tinggi…Tidak hairanlah sepanjang bicaranya lebih kurang 40 minit, ramai tetamu-tetamu mengalirkan air mata mengenangkan nasibnya yang sebegitu rupa tetapi kerana Islam menjadi pilihan agamanya beliau rela meninggalkan segalanya dan sekarang ini bergiat aktif di PUSBA ini. Aku ni pun payah juga nak sedih, tapi sedikit sebanyak tergenang juga air mata, tapi nasb baik aku pakai cermin mata gelap tak nampak sangat…tapi aku nampak juga YAB Menteri Besar dok kesat mata dengan tisu dua tiga kali…begitu juga beberapa-beberapa VIP yang ada.  Begitu menusuk kalbu penceritaan yang dibuatnya…

Melihat kesungguhan dan semangatnya yang sebegitu rupa,  apakah semangat dan kesungguhannya itu tercanai dalam sanubari diriaku dan umat Islam warisan keturunan ini. Aku dan ramai lagi Islam keturunan. Sejauh manakah keimanan kita, sejauhmanakah kesedaran kita terhadap Islam…Apakah kita sebenar-benarnya mengikuti akan setiap ajaran yang ada dalam Islam. Mengapakah kita mengambil mudah sahaja setiap persoalan berkaitan agama, akidah dan sebagainya..

Semuanya ini sebenarnya menginsafkan aku bahawa Islam itu sebenarnya membawa segala kebaikan, membawa segala ketenangan, membawa segala keseronokan, membawa segala macam perkara yang baik-baik… Marilah kita sama-sama memelihara agama kita dan dan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang…

Posted in: agama